27 APRIL 2018 Program Khidmat Masyarakat Berbasikal Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2018 yang bertemakan "Penyakit Buah Pinggang Dan Kesihatan Wanita" program ini merupakan acara yang julung kali diadakan oleh Sinar Haemodialysis acara seawal jam 7.00pagi sehingga jam 11.00 pagi ini bermula dengan sesi pendaftaran para peserta berbasikal. Para peserta yang terdiri daripada kakitangan SINAR dan kelab basikal Ale-ale club cycle taman nira batu pahat . Kayuhan Sejauh 10 kilometer ini turut diiringi oleh anggota Polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Pelepasan para peserta bermula di: -Checkpoint pertama: Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). -Checkpoint kedua: Tasik Y. -Checkpoint ketiga: Terminal Bas Batu Pahat. Disetiap checkpoint para peserta mengedarkan risalah dan cenderahati kepada para pengunjung yang berada di kawasan sekitar dan memberikan sedikit penerangan dan kesedaran berkaitan kesihatan buah pinggang dan kesihatan wanita. Ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. semoga kita akan berjumpa lagi pada acara yang akan datang