29 April 2018 sempena Hari Buah Pinggang Sedunia telah diadakan Program Kesihatan dengan kerjasama oleh beberapa agensi antaranya ialah: -Sinar Haemodialysis Sdn. Bhd (SHSB) -Sinar Delima Event Sdn. Bhd (SDE) -Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) -National Kidney Foundation (NKF), -Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) -Postgraduate Renal Society Nephrology (PGRSN) -National Transplant Resources Centre (NTRC) Program ini telah diadakan di Aeon Mall Cheras Selatan, Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, penerangan kesihatan dan pengiraan BMI, pendaftaran percuma sebagai penderma organ, pemberian cenderahati, belon & risalah kepada pengunjung serta bergambar bersama maskot buah pinggang. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai disamping dapat memberikan pengetahuan secara am kepada para pengunjung yang hadir. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Aeon Mall Cheras Selatan dan kepada semua organisasi yang terlibat dalam menjayakan program ini.