12 Ogos 2020 - Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) yang kedua di Setiawangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh DYMM YDPA Al- Sultan Abdullah pada jam 11.00 pagi tadi, selepas yang pertama beroperasi di Cheras pada Ogos tahun lepas. Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera. Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, serta ahli jawatankuasa tertinggi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS). SINAR amat berbesar hati kerana terus diberi kepercayaan untuk berkhidmat dan mengurus Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Setiawangsa.