PENYERAHAN MOTOSIKAL SUMBANGAN SINAR UNTUK SKUAD AGIHAN ZAKAT (MAIM) 5 SEPTEMBER 2019 - SINAR Haemodialysis berbesar hati telah menyumbang dua buah motosikal kepada pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk kegunaan Pusat Zakat Melaka di Rumah Terbuka SINAR Haemodialysis Melaka, bertempat di bilik mesyuarat SINAR pada 28 Jun 2019. Jumlah keseluruhan untuk kedua buah motosikal tersebut adalah bernilai Ringgit Malaysia Tiga Belas Ribu Sahaja (RM13,000). SINAR menyerahkan dua buah motosikal berjenama Honda Wave Alpha 110; bernombor MDE 1875 dan MDE 1876 yang telah dilengkapi dengan kotak kurier untuk kegunaan Pusat Zakat Melaka dimana motosikal tersebut menjadi motosikal rasmi Skuad Agihan Zakat untuk mengagihkan barangan keperluan zakat kepada golongan asnaf di sekitar Melaka. Motosikal adalah kenderaan yang mudah untuk mengagihkan barangan keperluan terutamanya kawasan pedalaman yang hanya boleh memuatkan kenderaan kecil melaluinya. Sorotan daripada penyerahan tersebut, SINAR telah dijemput untuk ke majlis rasmi penyerahan sumbangan pengangkutan bagi kegunaan MAIM, pada 27 September di pejabat MAIM. SINAR sebagai salah satu syarikat yang menyumbangkan motosikal bagi kegunaan Pusat Zakat Melaka, telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif SINAR, Hj. Mohd Amerudin dan juga Pengurus Pemasaran SINAR, En. Zaimi Zaki dalam majlis rasmi tersebut. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka iaitu Datuk Mohd Sofi Bin Wahab yang juga merupakan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka.