SINAR Haemodialysis Sdn Bhd telah menyumbangkan sejumlah wang sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja (RM3,000) untuk tujuan aktiviti Pantai Puteri Fun Run yang dianjurkan oleh pihak JAPERUN Pantai Kundor. Bertitik tolak dari sumbangan yang telah diberikan, SINAR juga telah menyumbang tenaga sukarelawan dalam kalangan kakitangan SINAR iaitu seramai 10 orang untuk membantu melancarkan aktiviti Pantai Puteri Fun Run tersebut. Pantai Puteri Fun Run tersebut disertai oleh kira-kira 300 orang peserta dengan 3 kategori iaitu 5KM, 10KM dan 21KM. Pantai Puteri Fun Run ini disertai oleh Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARWANIS) yang juga merupakan Isteri Ketua Menteri Melaka iaitu Yang Berbahagia Puan Hjh Dalilah Awaludin dan YBRS Tuan Juhari Usman, Pengarah JAPERUN Pantai Kundor. Pihak JAPERUN Pantai Kundor telah menyerahkan sedikit cenderahati tanda penghargaan kepada sumbangan SINAR Haemodialysis pada akhir acara larian, setelah pengumuman pemenang Fun Run.