Buat pertama kali, SINAR Haemodialysis mengadakan Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan sebagai salah satu aktiviti SINAR yang memberi manfaat dari segi kerohanian dan juga fizikal. Dalam bulan yang penuh mulia, SINAR menggalakkan kakitangannya untuk kekal aktif di samping beramal ibadat dengan aktiviti tadarus Al-Quran satu jam setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Tadarus Al-Quran bermula pada 7 Mei 2019; 2 Ramadan 1440 Hijrah dimana 2 juzuk dibaca oleh dua kumpulan lelaki dan perempuan setiap hari. Aktiviti tadarus Al-Quran ini diteruskan sehingga 27 Mei 2019; 22 Ramadan 1440 Hijrah sebelum Majlis Khatam Al-Quran sempena khatam 30 juzuk Al-Quran dibaca oleh kakitangan SINAR. Majlis Khatam Al-Quran SINAR Haemodialysis diadakan di Bilik Mesyuarat SINAR Haemodialysis di Malim, Melaka pada 28 Mei 2019 bersamaan 23 Ramadan 1440 Hijrah. Majlis ini sebagai simbolik tamatnya 30 juzuk Al-Quran yang dibaca oleh kakitangan SINAR yang terlibat bermula dari 2 Ramadan. Majlis serba sederhana dimulai dengan kata-kata aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SINAR Haemodialysis, Hj Mohd Amerudin Hj Kamaludin, dengan perasaan bangga dimana kakitangan SINAR dapat membudayakan aktiviti Tadarus Al-Quran ini sebagai rutin sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.