Sambutan Hari Jururawat tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei adalah bertujuan untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakt. Justeru itu pihak pengurusan Sinar Haemodialysis dengan berbesar hati memberikan penghargaan kepada para jururawat SINAR. Sehubungan itu pada 11-13 Mei 2018 kakitangan dan jururawat SINAR yang terpilih dibawa bercuti ke Padang-Bukit tinggi Indonesia selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, mengadakan sambutan hari jururawat serta acara bertukar-tukar hadiah. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Sinar Haemodialysis En. Mohd Amerudin Kamaludin dan Pengarah Urusan Pn. Noor Hadzlina Misbah kerana dengan berbesar hati memberikan hadiah yang bermakna ini kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2017. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara kakitangan dan pihak pengurusan Sinar Haemodialysis.
B-5, Blok B, Pangsapuri Malim,
Jalan Malim, Balai Panjang,
75250 Melaka
© 2019. All rights reserved. Sinar Haemodialysis (754071-K)
Powered by VISHTECH