29 JULAI 2019 - SINAR Haemodialysis yang menguruskan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) telah menganjurkan satu majlis bacaan yasin dan solat hajat di pusat hemodialisis YASA yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahfiz Madrasah Ar-Rabaniyah Krubong yang dibawa khas dari Melaka. Majlis ini turut disertai oleh kakitangan SINAR iaitu Pengurus Pemasaran, En Zaimi Zaki, En Mohd Yamin Yusuf, En Muhammad Haziq Kamal, En Firdaus Mazlan dan juga En Muhammad Irfan Mohmad Nor Arifin. Majlis ini diadakan selepas maghrib, didahului dengan solat fardhu Maghrib, bacaan yasin dan tahlil, diikuti dengan mengazankan setiap sudut di pusat rawatan hemodialisis YASA. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan untuk para pelajar tahfiz tersebut dan sesi bergambar kenang-kenangan di hadapan Pusat Hemodialisis YASA.