PERKHIDMATAN SINAR HAEMODIALYSIS

Mesin dialisis yang baru dan lengkap.

Mesin dialisis membantu mencampur dialisat iaitu cecair yang membantu mengeluarkan bahan buangan yang tidak diingini daripada darah anda.


Perkhidmatan pengambilan / penghantaran pesakit.

Pesakit-pesakit di kawasan sekitar diberikan perkhidmatan pengambilan serta perhantaran dari rumah pesakit ke klinik perkhidmatan kami.


Rawatan lanjut daripada pakar Nefrologi setiap 3 bulan sekali.

Pemantauan dibuat oleh pakar kepada pesakit-pesakit tentang perkembangan kesihatan mereka.


Paramedik yang terlatih dan berpengalaman luas.

Paramedik di klinik-klinik kami telah diberikan latihan yang intensif untuk memberikan khidmat rawatan yang terbaik kepada pesakit.


Layanan yang baik dan mesra diberikan kepada pesakit.

Staf dan paramedik sentiasa memberikan layanan yang terbaik kepada pesakit bagi memastikan keselesaan pesakit.


Sarapan pagi dan minum petang disediakan.

Pesakit-pesakit dihidangkan dengan makanan yang berkhasiat semasa mereka menjalani rawatan.


Ruang rawatan yang selesa dan bersih.

Setiap klinik kami mempunyai ruang rawatan yang luas, selesa serta sentiasa dalam keadaan yang bersih.


Ruang rehat dan surau untuk pesakit dan penjaga disediakan.

Setiap klinik disediakan ruang rehat dan surau untuk pesakit mahupun penjaga.