LATAR BELAKANG

Mula ditubuhkan pada 22 November 2006 dengan 2 mesin dialisis. Memulakan operasi pada 1 Januari 2007 dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada 2 orang pesakit buah pinggang kronik.

Pada tahun 2009, Pusat Haemodialysis yang kedua telah memulakan operasinya pada 3 Mac 2009 dengan 10 buah mesin dialisis. Pusat tersebut telah bergerak dengan pantas untuk terus ke hadapan dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk sekitar. Pusat yang telah berpindah lokasi kini berada di NO 4 & 4A, Jalan Budiman, Taman Budiman 2, Parit Jambol, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor.

Pada tahun 2011, satu lagi cawangan telah dibuka oleh Sinar Haemodialysis. Kali ini di Bandar Batu Pahat iaitu di Kim's Park Business Center, Batu Pahat, Johor. Pusat mula beroperasi dengan 6 mesin dialisis dan diharap akan terus mengembangkan sayapnya.

Pada tahun 2012, Sinar Haemodialysis membuka sebuah lagi pusat dialisis. Kali ini pusat beroperasi di Bangunan Wakaf, Jalan Tanah Merah, Batu Pahat, Johor. Pusat Haemodialysis Majlis Agama Islam Johor ini diuruskan oleh Sinar Haemodialysis Sdn. Bhd. Alhamdulillah, perkembangan yang cukup pesat telah berlaku dengan memberikan perkhidmatan kepada majoriti pesakit baitulmal.

Menjelang Oktober 2016, Sinar Haemodialysis telah melangkah setapak lagi. Pusat Sinar Haemodialysis (Cawangan Alor Gajah) telah dibuka dan mula beroperasi pada 31 Oktober 2016 dengan sejumlah 6 buah mesin sebagai permulaan.

Sinar dianggotai oleh kakitangan pengurusan dan klinikal yang berkelayakan dan berpengalaman luas. Kini Sinar memberi perkhidmatan kepada lebih 700 pesakit. Sinar Haemodialysis juga merupakan sebuah syarikat milik bumiputera dan semua pemegang saham serta ahli lembaga pengarahnya adalah merupakan rakyat Malaysia.

VISI

Visi Sinar Haemodialysis Sdn. Bhd. adalah memenuhi keperluan yang semakin meningkat, untuk perkhidmatan haemodialisis yang selamat, cekap dan teliti agar pesakit dapat menikmati tahap kualiti hidup yang tinggi.
MISI

Misi Sinar Haemodialysis Sdn. Bhd. adalah untuk menjadi antara pusat haemodialysis yang terkemuka di Malaysia dengan memberi perkhidmatan haemodialysis yang berkualiti tinggi dan selamat menggunakan sumber yang efisien dan efektif.
NILAI-NILAI TERAS

• Cepat, Bertanggungjawab dan Cekap.
• Profesional.
• Kompeten, Beretika dan Berintegriti.
• Mesra Pelanggan.
• Bertolak Ansur, Mesra, Empati dan
Mengutamakan Pelanggan.