HOTLINE  06-3354428
  • |

INFO SINAR: PENJAGAAN KATETER DIALISIS

Dikemaskini pada : October 30, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Admin
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

 

                                                                     

INFO SINAR: Penjagaan Kateter Dialisis

Sering kali ianya dipanggil IJC atau permcath. Sebenarnya kalau ikut penggunaan nama yang betul 
A : Cuffed catheter atau permcath ;
B : Non Cuffed Catheter/ temporary Hd catheter atau IJC.

Penggunaan kateter ini berleluasa adalah kerana ramai pesakit ESRD ( pesakit buah pinggang tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis) yang tidak membuat persediaan awal untuk pembedahan AVF (Fistula) ataupun pesakit ESRD yang tidak mempunyai urat darah yang sesuai untuk pembedahan AVF tetapi tidak mahu melakukan rawatan CAPD ( Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis).

Dengan itu, sekiranya pesakit ESRD telah mempunyai tanda2 untuk memulakan rawatan dialisis dan tidak mempunyai fistula atau tiub untuk CAPD, doktor terpaksa meletak kateter dialisis secara kecemasan untuk memulakan rawatan dialisis.

APAKAH MASALAH YANG BOLEH TIMBUL DENGAN MENGGUNAKAN KATETER HEMODIALISIS INI?

 

Yang pertama adalah jangkitan kuman atau nama lainnya adalah CRBSI ( Catheter Related Blood Stream Infection). Ianya boleh berlaku pada kedua2 jenis kateter dialisis. Kadang2 setakat kemerahan di tempat masuk kateter yang mana kita panggil "Exit Site Infection(ESI)" tapi sekiranya  serius ianya boleh merebak masuk ke dalam darah dan dipanggil CRBSI.

 

APAKAH TANDA2 CRBSI ATAU ESI ?

 

  1. ESI - kemerahan dan sedikit nanah di tempat masuk kateter dialisis. Sekiranya dibiarkan boleh mendapat demam dan melarat ke tahap CRBSI.
  2. CRBSI - Jangkitan telah merebak ke dalam sistem darah. Simptom yang selalu dialami adalah demam, rasa menggigil semasa atau selepas dialisis dan tekanan darah menjadi rendah sekiranya terlalu serius.

 

Bagaimana pesakit ESRD boleh mengelakkan dari terkena jangkitan kuman CRBSI?

 

  1. Persediaan awal. Pakar buah pinggangakan memberitahu supaya membuat persediaan untuk rawatan dialisis. Samada melakukan pembedahan fistula awal atau melakukan rawatan CAPD sekiranya urat salur darah tidak sesuai utk fistula. Namun ada golongan pesakit yang tidak sesuai melakukan CAPD, pakar nefrologi akan mencadangkan untuk rawatan lain.

  1. Sekiranya telah pun mempunyai kateter dialisis, jadilah kita pesakit yang bertanggungjawab.

  1. Kateter dialisis haruslah ditutup dengan plastik yang bersih dan tidak boleh terkena air.Pesakit perlu menjaga kebersihan terutama ketika mandi.

  1. Jangan garu di kawasan kateter dialisis kerana mikroorganisma boleh masuk ke dalam saluran darah dan boleh menyebabkan infeksi.Ambil sekeping tisu yang bersih dan gosokkan secara berpada sahaja untuk menghilangkan rasa gatal dan buang tisu tersebut.

  1. Pastikan kita periksa kawasan exit site, sekiranya terdapat kemerahan dan nanah silalah beritahu kepada paramedik di pusat dialisis anda untuk tindakan selanjutnya.

  1. Sekiranya demam serta menggigil semasa rawatan dialisis, segera dapatkan rawatan di hospital yang terdekat.


    SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE SINAR: Sinar Multimedia



    Sumber: 

https://www.facebook.com/MYBuahPinggang/posts/483361522473463?__tn__=K-R




Kembali