HOTLINE  06-3354428
  • |

INFO SINAR: GOUT DAN BUAH PINGGANG

Dikemaskini pada : October 30, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Admin
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Klik video di bawah untuk info lanjut:


                                                                                       

Gout disebabkan oleh lebihan urik asid dlm badan yg perlu dikumuhkan melalui buah pinggang. Urik asid ini terdapat byk dlm makanan yg seperti dinyatakan di atas atau makanan tinggi purine (lihat gambar). Lebihan urik asid ini akan membebankan buah pinggang normal dan boleh menjejaskan fungsi sedikit demi sedikit. Sekiranya lebihan urik asid ini tidak dpt ditapis keluar, ia akan membentuk kristal yg akan mendap di sendi sendi yg paling hujung seperti ibu jari kaki dan jari jari tangan.

Sendi sendi lain juga boleh terlibat bergantung kepada keterukan penyakit. Akibat mendapan kristal ini, sendi tidak boleh berfungsi dgn baik dan menyebabkan sakit yg amat sgt terutamanya sekiranya urik asid terlalu byk, yang dikenali sebagai serangan gout akut. Biasanya apabila keadaan ini berlaku, hanya pil atau suntikan ubat tahan sakit sahaja yg mampu meredakannya. Namun, kesan ubat ini bersifat sementara dan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat2 ini utk mengurangkan kesakitan yg tidak terperi.. 

Bila fungsi buah pinggang merosot, urik asid tidak dpt ditapis keluar dari tubuh dgn baik dan akan terus berlebihan dlm badan. Proses ini akan berulang dan yang deritanya pesakit juga...  Kerana inilah ramai pesakit buah pinggang akan mendapat penyakit gout bila mencecah tahap CKD 3 ke 5. Dan kebanyakan pesakit gout juga dikhuatiri akan menjadi pesakit buah pinggang kronik. 


Subscribe Youtube Channel SINAR : Sinar Multimedia

Sumber:
Facebook MYBuahPinggang
https://www.facebook.com/rafidah72/posts/10217752111087669?__xts__[0]=68.ARAWiA_7tfYw-XFzWhPWZugt0iApV9SEHjXYkyDn4MljgX1FgxvY1ZGAvHSqrbdX2K_q0NgKm0MRRPFlSquN6de8VfBxpjfCBXDXaPLlexaEs9rdTO5kDXNvK2WGSU4hvuF3HXmijRpcAEWM14rFLp4OMUwnKBHmtaxKSp3tStBoWgl8cJgjagpNCx7n1c5d3H9DKW323GC9UASTFce5Y8biX3-cs2UaMOMlg7ih7kzSf3vzec8p1iJLRJpNerFIrZqCYAMvO1A8JYH16m9v4bd5T7P1UboSZtU44tRWStpWU4uceMOgfQpcx-udIfA6iNZgeHxQsNgtP31mWqU&__tn__=-R

 

Kembali