HOTLINE  06-3354428
  • |

SEIMBANGKAH DIET SEHARIAN KITA?

Dikemaskini pada : August 15, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Admin
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

TIPS DIET SEIMBANG

.

1) Pelbagai Jenis Kekacang
Kacang pis, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin ( terutamanya Vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan - boleh didapati dalam pelbagai bentuk tekstur seperti susu, kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

2) Banyak Minum Air Kosong
Air sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita yang kehilangan lebih kurang 1.5 hingga 2.5 liter air dalam sehari memerlukan kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.

3) Kurangkan Gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti coklat dan aiskrim memberikan sejumlah besar tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

4) Kurangkan Garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya membawa kepada serangan jantung atau strok.

#sinarhaemodialysis
#dialisisberkualitimatlamatkami
#dialisismelaka
#dialisisjohor
#dialisis
#hemodialisis
#haemodialysis

Kembali