HOTLINE  06-3354428
  • |

PENYAKIT BERKAIT BUAH PINGGANG BAHAGIAN 2 : Implikasi Obesiti - Diabetes

Dikemaskini pada : March 07, 2019 00:00:00
Dikemaskini oleh : Support
Kategori : Tips Perubatan Dan Kesihatan

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liverdan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis

 

Diebetes Mellitus


- Kencing manis (DM) adalah penyakit metabolik yang bercirikan hiperglisemia, di mana adanya gangguan dalam pengeluaran atau tindakan insulin atau gabungan kedua-duanya.

- Biasanya, terdapat beberapa faktor seperti faktor genetik, obesiti, gaya hidup tidak sihat, aterosklerosis dan juga tabiat pemakanan yang salah yang menyebabkan atau memburukkan DM.

- Biasanya, individu yang terlibat tidak mengambil berat tentang kesihatannya dan kesan daripada komplikasi DM ini boleh mendatangkan maut. Komplikasi DM melibatkan sistem kardiovaskular, otot, endokrin, buah pinggang dan sistem saraf di dalam badan.

Kembali