TERIMA KASIH MELAYARI SINAR HAEMODIALYSIS SDN BHD
   

Selamat melayari laman web SINAR HAEMODIALYSIS

   "DIALISIS BERKUALITI MATLAMAT KAMI"

 

 

 

PEMBEDAHAN "ABO INCOMPATIBLE KIDNEY TRANSPLANTATION"

  Di Malaysia dianggarkan seramai 15,000 pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan organ dan kebanyakkan mereka adalah pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Namun jumlah penderma organ terutamanya penderma yang telah meninggal dunia (perderma kadaverik) adalah rendah iaitu sekitar 0.6 pendermaan bagi setiap juta penduduk Malaysia.

 

Pendermaan organ dari penderma hidup, khususnya dari kalangan ahli keluarga merupakan satu pilihan lain untuk mendapatkan organ bagi pesakit-pesakit ini. Sebelum ini, pemindahan buah pinggang hanya boleh dijalankan sekiranya bakal penderma mempunyai jenis darah yang serasi dengan bakal penerima (ABO COMPATIBLE). Walaubagaimanapun, dianggarkan sekitar 30%-35% pesakit tidak mempunyai jenis darah yang serasi dengan penderma  (ABO COMPATIBLE) dan ini telah menyebabkan pembedahan tidak dapat diteruskan.

 

Hospital Kuala Lumpur merupakan hospital pertama yang menjalankan transplan organ di negara ini pada tahun 1975. Pada bulan Julai 2012 Hospital Kuala Lumpur sekali lagi mengukir sejarah menjadi hospital kerajaan pertama yang menjalankan pembedahan

" ABO INCOMPATIBLE KIDNEY TRANSPLAN " ini.

 

Pembedahan ini berbeza dari pembedahan transplan buah pinggang yang biasa kerana ia merupakan prosedur yang lebih kompleks bagi mengelakkan berlakunya penolakan organ (ORGAN REJECTION) akibat ketidak serasian darah tersebut ini termasuk proses penapisan darah (PLASMA FILTRATION), pemberian ubat anti-penolakan (IMMUNO-SUPRESANT) dengan dos yang lebih tinggi serta pemantauan aras antibody yang rapi. Ia merupakan satu usahasama bukan sahaja di antara pakar perubatan, pakar bedah dan anggota paramedik di HKL, Malah termasuk juga perkhidmatan makmal di pusat darah negara dan institut penyelidikan perubatan ternyata kepakaran yang ada di hospital-hospital kementerian kesihatan adalah setanding dengan kepakaran antarabangsa.

 

Prince Court Medical Centre (PCMC) di Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama di Malaysia yang menjalankan pembedahan ABO INCOMPATIBLE KIDNEY TRANSPLANTATION ini pada tahun 2011. Pembedahan telah dijalankan ke atas 2 orang pesakit lelaki yang menerima buah pinggang dari isteri-isteri mereka.

 

Kedua-dua pesakit ini yang berumur 32 dan 55 tahun mempunyai jenis darah O dan menerima buah pinggang dari isteri-isteri mereka dari kumpulan jenis darah B.

 

FAKTA KESIHATAN
    PERANAN FAKTOR DAN FUNGSI BUAH PINGGANG SIHAT
       - Dalam mengeluarkan bahan buangan badan.
       - Pembuangan dadah di dalam badan.
       - Mengekalkan keseimbangan cecair badan.
       - Merembeskan hormon yang mengawal tekanan darah tinggi.
       - Untuk menghasilkan bentuk aktif vitamin D untuk kesihatan tulang dan kekuatan.
       - Mengawal pembentukan sel-sel darah merah.
 

   
FAKTOR KEGAGALAN BUAH PINGGANG ADALAH FUNGSI BERIKUT.
       - Meningkatkan tekanan darah.
       - Kutipan sisa berbahaya di dalam badan.
       - Badan tidak boleh terbentuk dalam sel-sel darah yang mencukupi.
       - Rasa letih, loya dan hilang selera makan.
         "Jika kegagalan buah pinggang berlaku kemudian dipanggil pesakit memerlukan rawatan (hemodialisis)"

 
 
HEMODIALYSIS ADALAH SARINGAN PEMBERSIHAN PROSEDUR DARAH DALAM BADAN.
       - Pastikan badah sisa berbahaya yang dihasilkan daripada makanan yang kita makan.
       - Keluarkan air dan garam yang berlebihan di dalam badan. dan tekanan mengawal tekanan darah tinggi.
       - Membantu badan mengekalkan keseimbangan bahan kimia (elektrolit) seperti kalium, natrium,
         dan klorida.

 
   BAGAIMANA KERJA HEMODIALYSIS?
      - Hemodialisis menggunakan dializer yang berfungsi sebagai buah pinggang tiruan untuk membersihkan darah.
      - Dializer disambungkan kepada mesin.
      - Semasa rawatan darah melalui tiub dan ke dializer.
      - Dializer akan menapis sisa cecair dan cecair yang berlebihan.
      - Darah baru dan bersih disalurkan ke tabung lain dan kembali dalam badan kita.
      - Dijalankan 3 kali seminggu dan rawatan mengambil masa 4 jam / sesi.
                "Prosedur Hemodialisis boleh membawa kepada malnutrisi"

 


 BERITA TERKINI

INFO KESIHATAN DAN PERUBATAN

 

 

kkm

Company Logo design

 Kembali ke atas

Copyright 2009-2011 SINAR HAEMODIALYSIS SDN. BHD.. All rights reserved. Do not copy without a written permission.
 Best viewed by Mozilla Firefox 3.0 or above / Internet Explorer 5.5 or above with 1280 X 800 resolution